Monday, April 7, 2014

Pendakwah Dedahkan Mengapa Rezekinya Melimpah Ruah

Seorang pendakwah lulusan University Alexandria bernama Saddam bercerita tentang kehidupan beliau ketika bergelar siswa di bumi Anbia dahulu hinggalah beliau berkahwin dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah daripada Allah.. Marilah kita ambil iktibar daripada pengalaman beliau.




Hari ini bila trace semula rezeki yang Allah swt kurniakan, menghitung setiap yang diberi, sangat melegakan hati. Adakah perkara yang terjadi ini adalah impak dari hari-hari yang lepas?

Sedang memandu kereta dari Shah Alam ke Seremban, HP bergetar dari whatsapp dan message, aliran duit masuk tanpa henti, ada rm 10, ada rm 50 , ada rm 300, sehingga ke ribuan. Tika itu senyuman gembira, teringat memori 4 tahun lepas

Tika di bumi Anbia dulu, sebelum bernikah,

Keluarga berikan rm 300 sebulan... untuk sewa, untuk makan minum, untuk belajar nak makan berkira, sehingga beli paha ayam, potong 6 bahagian, berkira-kira..

Rezeki itu milik Allah swt.. Allah Allah, wuu wuu, innalaha ma'as shobiriin setiap kali tiba hari jumaat, sekurang-kurangnya ana akan selitkan 10 pound dalam poket untuk ana hadiahi pada seorang mak cik , jika ada wang yang lebih, 50 pound ana berikan..

Mak cik ini selalu bawa ubat di tangannya seronoknya setiap kali jumpa makcik ini, nama ana telah diingatinya sehingga suatu hari, bila jumpa sekali lagi.. dia kata

(translated ) " Saddam, hari ini aku solat, ketika sujud , aku sebut nama kau " sambil menepuk-nepuk di dahinya

" Kenapa ? "

" Aku do'a moga Rabbuna, kayakan kau, beri kau berjaya "

Tersenyum , bibir terkatup mata tertutup Allah Allah Allah Alhamdulillah gembiranya bila didoakan insan, lebih-lebih lagi ketika solat

Perkongsian di atas bukanlah ana ingin megah atas kebaikan, sedeqah dan memberi hadiah adalah anjuran dari Nabi s.a.w, bahkan Allah swt juga menjanjikan gandaan rezeki 10 ke 700 kali ganda dengan setiap kebaikan.

Perjalanan hidup ana dipermudahkan sehingga hari ini, jika dikatakan ana berduit, poket sentiasa kosong, tapi bila ana perlukan wang sangat-sangat, rezeki Allah swt itu mudah turun dari arah yang tidak disangka-sangka, maka jangan risau akan rezeki ya, mari, tambahkan amal kebaikan, for you , for ummah for the sake of Allah swt and His Messenger

Mungkin kerana sepuluh ringgit yang kita derma/hadiah/sedeqah hari ini, asbab kepada Allah swt permudahkan syahadah kita kelak, mungkin kerana lima ringgit hari ini, Allah swt permudahkan urusan belajar kita, mungkin kerana satu ringgit hari ini, menjadi sebab jatuhnya Cinta Allah swt dan Rasul-Nya pada kita , wasnt that so great?

Allah Allah Allah

*nak kaya? nak berjaya dalam exam? nak nikah awal? jom bersedekah..! 


 Sumber: Saddam Jamaluddin, Doodle Dakwah


Sumber

No comments:

Post a Comment