Monday, April 21, 2014

Kronologi Pesawat MAS MH192 MAS Patah Balik Tayar Meletup !


Tayar Pesawat MH192 bagi penerbangan KLIA to Bangalore yang membawa 166 orang (159 penumpang MH192 dan 7 anak kapal terbang MH192) telah meletup dan mengalami kerosakan gear kanan pesawat semasa berlepas sekitar pukul 10:09 malam 20 April 2014 sehingga telah menimbulkan masalah mendarat semula di KLIA tanpa satu daripada “landing gear” pesawat MH192.
Sebenarnya juruterbang pesawat Mh192 Malaysia Airlines tidak sedar perkara ini sehinggalah KLIA yang menghantar notis selepas mengesan debris di landasan KLIA.Semua 159 penumpang dan 7 anak kapal di atas kapal terbang MH192 telah diarahkan keluar dari pesawat MH192 dan kapal terbang MH192 akan akan dijadualkan berlepas semula dari KLIA pada pukul 3.30 petang pada 21 April 2014 ini.
Kronologi Pesawat MAS MH192 Patah Balik Tayar Meletup !
  • Pada pukul 10:09 malam : Penerbangan Pesawat Malaysia Airlines MH192 MAS telah berlepas. Kapten dimaklumkan tayar pesawat MH192 telah pecah
  • Pada pukul 10:25 malam : Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur memaklumkan kepada kapten pesawat MH192 MAS tentang penemuan serpihan tayar di landasan kapal terbang dan serta merta menghubungi OCC
  • Pada pukul 1:35 pagi : Malaysia Airlines (MAS) menjangkakan kapal terbang MH192 akan melakukan pendaratan cemas pada pukul 2 pagi
  • Pada pukul 1:40 pagi : Pesawat MH192 berada pada ketinggian 1075 kaki
  • Pada pukul 1:44 pagi : Secara tiba-tiba pesawat MH192 MAS Malaysia Airlines kelihatan berada pada ketinggian lebih 2000 kaki selepas berada pada ketinggian 500 kaki sahaja sebelum ini
  • Pada pukul 1:47 pagi : Kapal terbang MH192 dilihat melakukan pusingan semula sebagai cubaan kali kedua untuk mendarat
  • Pada pukul 1:53 pagi : Kapal terbang MH192 dikesan berada di sekitar kampung Nipah Port Dickson Negeri Sembilan
  • Pada pukul 1:56 pagi : Alhamdulillah, sah pesawat MH192 telah mendarat dengan selamat di Runaway 32L. Tahniah kepada kapten pesawat MH192, krew kapal dan juga penumpang yang terus cekal menghadapi ujian besar seperti ini. 
Sumber artikel Beritasemasa.my


Sumber

No comments:

Post a Comment