Sunday, April 13, 2014

iNFO : Tolong Tamatkan Penderitaan Kami !



Tag :  Tolong Tamatkan Penderitaan Kami

Jutaan penduduk Lembah Klang kini kehairanan apabila catuan bekalan air yang sudah bermula sejak 27 Februari lalu bukan sahaja masih belum berakhir malah mungkin berlanjutan sehingga Ramadan meskipun hujan hampir setiap hari.
Tinjauan Kosmo! mendapati rata-rata pengguna bingung kerana hujan lebat setiap hari sejak hampir dua minggu lalu di Lembah Klang, namun mereka masih terpaksa berdepan dengan catuan air setiap selang dua hari.
Seorang penduduk Mohd. Arop Mohd. Noor, 66, memberitahu, catuan air yang sudah berlanjutan lebih sebulan cukup memeritkan apatah lagi beliau terpaksa berkongsi bekalan itu bersama lima ahli keluarga yang lain.
“Tolong tamatkan penderitaan kami. Bayangkan kalau catuan air ini berlanjutan sehingga menjelang Ramadan, pasti keadaan kami semakin sukar.
“Hujan lebat boleh dikatakan sudah turun setiap hari, saya pelik kenapa catuan perlu dilanjutkan sehingga bulan Jun,” katanya ketika ditemui di Taman Salak Jaya, Seputeh di sini.
Sementara itu, seorang pekerja swasta, Norhisamudin Hamid, 37, melahirkan kebimbangan bahawa catuan air yang berterusan akan mendatangkan kesulitan terutamanya kepada dua anaknya yang masih bersekolah.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO!


Sumber

No comments:

Post a Comment