Monday, April 21, 2014


Petanda Jika Benar-Benar Dia Memang Jodoh Kamu

Pertanda 1.
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki umur hubungan yang panjang adalah adanya saling berkongsi. Anda dan dia selalu dapat saling membantu, sama ada pekara yang remeh temah atau besar. Paling penting adalah anda berdua selalu boleh menikmati segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Aah, apakah anda sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat bererti ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup anda!

Petanda 2.
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai tidaknya dia itu jodoh anda atau bukan adalah kemampuannya bersikap santai di depan anda. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu kelihatan spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh anda.

Petanda 3.
Adanya hubungan batin membuat hati anda berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila anda atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lain pada situasi tertentu. Selamat! Mungkin sebenarnya dialah belahan jiwa anda yang disimpan ...

Pertanda 4.
Bersamanya dapat membuat perasaan anda menjadi santai, selesa tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tak membuat anda berasa bosan .. Ini boleh sebagai petanda bahawa anda berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5.
Dia selalu ada untuk anda dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami cuaca dalam hati anda baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang surut apabila bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah? Dia tau keadaan masa anda sakit ......... Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya ...

Petanda 6.
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga anda, dia tak peduli dengan masa lalu anda apabila bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya .. Nah, kalau begitu ini bererti dia sudah siap menerima anda apa adanya


Petanda 7.
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan anda tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat anda tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya apabila anda bangun tidur atau ketika anda sakit dan tak mandi selama dua hari.

Petanda 8.
Bila anda merasa rahsia anda boleh lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat anda. Atau anda merasa sudah tak boleh lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini boleh bererti pasangan sejati telah anda dapati!

Petanda ke 9.
Setelah membuat solat istikharoh dan munajat kepada ALLAH , dan apabila melihatnya kamu tenang dan buatkan kamu dan hati kamu kuat mengatakannya.. InsyaALLAH dia jodoh kamu.. Tapi jangan pernah putus-putus memohon kepada ALLAH agar dia jodoh kamu.

Petanda ke 10.
Apabila dia masuk meminang dan merisik kamu serta menyatakan kepada ibu dan ayah kamu bahawa dia ingin memiliki kamu sebagai yang halal kerana ALLAH .

Apakah ke sepuluh petanda di atas telah anda dapati padanya?


Sumber

No comments:

Post a Comment