Friday, April 18, 2014

Punca Karpal Singh Maut Kemalangan

TAPAH 17 April – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Punca kemalangan berlaku adalah kenderaan Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Pemandu dan anak mendiang, Ram Karpal cedera parah dalam kemalangan itu. Anak beliau Gobind Singh Deo yang yang juga ahli parlimen Puchong juga mengesahkan kematian bapanya melalui laman Twitter. Semasa hidupnya Karpal dikenali sebagai seorang pemimpin yang lantang dan peguam yang digeruni. 




“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kita bawa imej Islam, hormati dia sebagaimana manusia lain. Takziah buat keluarga beliau.



Sumber

No comments:

Post a Comment