Friday, April 18, 2014

Kematian Karpal: Ujian Awal Air Kencing Pemandu Lori Mengandungi Kesan Ganja - Polis

KUALA LUMPUR: Ujian air kencing terhadap pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan pemimpin veteran dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dipercayai mempunyai pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata siasatan awal polis menerusi saringan ujian air kencing kepada pemandu lori tersebut mendapati terdapat kesan-kesan dadah jenis ganja.

“Terdapat adanya kesan penggunaan dadah jenis ganja pada ujian saringan air kencing polis terhadap pemandu lori tersebut namun begitu kita akan hantar sampel tersebut kepada pihak hospital dan patologi untuk dianalisis dengan lebih lanjut,” katanya kepada Astro AWANI. 




Sumber: http://www.astroawani.com/news/show/karpal-ujian-awal-air-kencing-pemandu-lori-mengandungi-kesan-ganja-polis-34080



Sumber

No comments:

Post a Comment