Friday, April 18, 2014

Resepi Ini Semakin Popular Buat Surirumah


Resepi ini semakin popular di kalangan surirumah. Nama resepi ini ialah Tauhu Telur. Ops! Bukan beli tauhu telur lepas tu terus goreng. Tapi Tauhu Telur ni diubah suai dengan mencampurkan bahan-bahan lain seperti ayam dan udang untuk menambahkan keenakannya. Sedap. Jom cuba resepi ini.



RESEPI TAUHU TELUR

Bahan A:
4 keping tauhu
2 tiub tauhu telur
2 biji telur
isi ayam atau udang
Semua bahan di atas dikisar tanpa air


Bahan B:
Bawang
Daun bawang
Daun sup,
Cili merah
Kentang,
Carrot
Semua bahan di atas dihiris halus


Cara memasak:
Campur bahan A & B dan gaul sebati
Masukkan serbuk maggi cukup rasa
Selepas itu kukus dalam 1/2 jam dan kemudian sejukkan
Potong mengikut suka
Celup dengan telur dan selepas tu goreng
Sedap dicicah bersama sos cili

Sumber

No comments:

Post a Comment