Friday, April 25, 2014

Remaja Memandai Cipta Band Wahabi Malaysia

Isu Wahabi tidak habis-habis diperkatakan. Terkini, seorang remaja dengan beraninya memuatnaik status FB yang melibatkan nama beberapa individu terkenal Malaysia yang dikatakan bersifat wahabi. Antaranya Dr. Maza, Sham Kamikaze dan Wardina Safiyyah. Nama-nama itu disatukan membentuk seakan-akan sebuah band wahabi beserta posisi masing-masing.




Kepada mereka yang suka menuduh orang lain atas sentimen tanpa bukti, berhentilah. Banyak kerja lain yang patut dilakukan. Jangan jumud. Dunia kini semakin moden, banyak pengetahuan boleh dicari hanya dengan beberapa klik di internet. Jika kita tidak larat fikir, jangan halang orang lain mencari maklumat dan berfikir. Tunjukkan imej keistimewaan Islam itu dengan mengizin keperbagaian pemikiran hidup dalam iklim yang harmoni selagi tiada penipuan dan pengkhianatan. Dunia fakta hanya dimasuki oleh manusia yang cintakan ilmu. Bukan yang suka mengkafirkan orang tanpa sebab atau menuduh orang wahabi hanya kerana rasa tidak berkenan di hati.



Sumber

No comments:

Post a Comment