Thursday, April 10, 2014

Mesti Tengok ! Suasana Dalam Rumah Rasulullah S.A.W

Replika Hiasan Dalaman Rumah Rasulullah



Subhanallah! Ini adalah gambar yang memaparkan replika rekaan dalam rumah Rasulullah SAW. Jika kita lihat, rasulullah SAW hidup serba kekurangan dan sangat berbeza dengan kehidupan kita pada hari ini. Kita dihidangkan dengan makanan yang lazat, kediaman yang mewah, tetapi kehidupan Rasulullah SAW penuh dengan keserderhanaan. Antara contoh yang perlu ikuti iaitu hidup dalam keadaan sederhana dan bukan bermewah-mewahan kerana kita hanya hidup sementara di dunia ini.

Subhanallah. Ini adalah replika rumah Nabi yang mulia Rasulullah SAW yang bersandarkan hadis yang sahih. Replika ini dipertontonkan di Jeddah. Betapa ‘ringkas’nya kehidupan Rasulullah SAW.

Di saat kita merengek-rengek mahukan rumah yang mewah dan selesa bagaikan mahu tinggal di dunia buat selama-lamanya. Lihatlah bagaimana rumah junjungan yang mulia Nabi Muhammad SAW yang hanya menjadikan rumah di dunia ini sebagai sebuah ‘pondok’ persinggahan menuju ke dunia yang satu lagi.

Usah kita sibuk mencari dan bertanyakan kepada orang lain, mengapa mereka tidak boleh mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sebaliknya tanyalah kepada diri kita sendiri, kenapa kita tak mampu bertindak seperti Rasulullah SAW.

Sumber: kopilekat.com



Sumber

No comments:

Post a Comment