Monday, April 7, 2014

Gadis India Dipaksa Nikah Enam Kali Dalam Dua Tahun



Seorang gadis berusia 17 tahun dari India mengaku telah dipaksa bernikah oleh orang tuanya sebanyak enam kali dalam tempoh dua tahun terakhir.

Gadis yang tidak disebutkan namanya itu akhirnya berjaya melarikan diri ke balai polis di Kota Hyderabad dengan bantuan seorang perwakilan dari sebuah organisasi.

Pada tahun 2012, ayah gadis itu, Mohammed Akbar, telah menikahkan gadis itu dengan seorang lelaki ternama untuk mendapatkan wang sejumlah Rp 5,6 juta.

Namun, lelaki itu meninggalkannya beberapa bulan kemudian. Hal ini menyebabkan gadis itu dipaksa bernikah dengan lelaki lain untuk wang berjumlah Rp 5,6 juta.

Pernikahannya yang ketiga dan keempat pada tahun lalu dilakukan di Kota Mumbai dengan hasil wang diperolehi orang tuanya sebanyak Rp 9,4 juta sampai Rp 18,8 juta.

Beberapa bulan lalu, pernikahannya yang kelima dilakukan di Kota Hyderabad dengan seorang lelaki Bahrain dengan hasil wang sebanyak Rp 18,8 juta.

Dan kali ke enam, gadis itu dipaksa bernikah dengan seorang lelaki berusia 50 tahun dari Sudan.

Keluarganya cuba membawanya ke sebuah hotel di mana lelaki Sudan itu menetap, tetapi dia Berjaya melarikan diri.

Sumber: Merdeka.com



Sumber

No comments:

Post a Comment