Friday, May 16, 2014

Darah Pada Alat Sulit Bongkar Rahsia

Seorang lelaki warga Indonesia ditahan selepas didakwa merogol anak perempuan jirannya yang berusia lapan tahun pada Rabu.

Ketua Polis Daerah, Supt. A Sahak Rahmat mengesahkan bahawa suspek berusia 35 tahun telah ditahan di sebuah rumah di Estet Mayvin 5, di sini.

Insiden itu terbongkar apabila ibu kepada mangsa ternampak darah pada kemaluan mangsa pada pagi Rabu dan bergegas membawanya ke klinik untuk pemeriksaan.

Ketika pemeriksaan dijalankan, mangsa memberitahu ibunya bahawa suspek telah merogolnya.


“Siasatan awal mendapati bahawa kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang bermain di halaman rumah manakala suspek sedang mandi di belakang rumahnya.

Kemudian mangsa terjatuh dan suspek terus menarik tangannya serta menutup mulut dengan menggunakan tangan sebelum membawa mangsa ke belakang rumahnya,” kata Sahak.

Dia bagaimana pun melepaskan mangsa selepas budak perempuan itu mula menjerit dan meminta pertolongan.

Mangsa kemudiannya melarikan diri ke rumahnya dan meminta pertolongan ibunya.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Jenayah bagi kesalahan merogol yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan, lapor Bernama.



Sumber: http://www.kualalumpurpost.net/darah-pada-kemaluan-bongkar-rahsia/

Sumber

Gadis Menyusukan Teman Lelaki Di Pulau Pinang






Seorang remaja perempuan yang bertudung litup rela menyerahkan diri dipeluk teman lelakinya sementara seorang rakan perempuannya yang duduk bersebelah hanya mampu memandang tanpa menegur kelakuan rakannya.

Perbuatan tidak bermoral remaja berkenaan dapat dilihat ketika operasi maksiat Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) di tepi sebuah pantai di Georgetown.

Ketika dipandang sekali imbas, kelihatan dari jauh remaja lelaki berusia lingkungan awal 20-an itu ibarat sedang mendodoi kanak-kanak kecil.

SUMBER : http://jiwakacaudot.blogspot.com/2014/05/aksi-menyusukan-teman-lelaki-trend-baru.html

P/S: Semakin mengganas spesis hantu susu di negara kita ni. Semoga mereka cepat-cepat sedar dan bertaubat..



Sumber

Gambar 4 Gadis Bertudung Ini Tersebar Luas Setelah Dimalukan




Empat remaja perempuan dalam lingkungan umur 20'an menunjukan "Will You F*CK ME" tersebar di laman Facebook dan blog sejak semalam. Tidak diketahui apakah motif mereka berbuat demikian.

Setelah diselidik melalui Google Images, tiada sumber lain melainkan gambar tersebut datang dari blog pro Kerajaan, Apple Biru.

Jika dilihat pada contrast perkataan dan kerawang-kerawang di kertas berkenaan, dapat dilihat perbezaan warna yang agak ketara. Besar kemungkinan gambar ini telah di edit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja menjatuhkan maruah mereka.

Tindakan tidak bermoral ini mencalar imej-imej wanita bertudung. Mohon pembaca jangan cepat percaya, sebaliknya selidik lebih lanjut. Mungkin gadis-gadis ini adalah rakan anda? 


Sumber: Josrevalution



Sumber

Hafiz Suip Dedah Wajah Kekasih

My love!

Demikianlah luahan Hafiz Suip tanpa bersembunyi lagi. Malah dia juga telah memuat naik gambar kekasihnya itu di Instagram.

Hafiz bersama kekasihnya

"Happy birthday to my love @nureffyj semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki," ujar Hafiz terus-terang.

Apa yang menarik, kekasih Hafiz turut membalas ucapan 'terima kasih' kepada teman lelakinya. Sementara Hafiz pula turut meminta kekasihnya itu berterima kasih kepada semua peminatnya yang telah mendoakan hubungan mereka.

Kekasih Hafiz (kiri) dan kakak Hafiz (kanan)

Untuk makluman semua, sebelum ini Hafiz pernah mengaku yang hatinya berbunga cinta dan sedang berkasih dengan seorang wanita.

Bagaimanapun, sebelum ini dia masih tidak mahu mendedahkan wajah kekasihnya itu yang dipercayai seorang pelajar institusi pengajian tinggi.

Tahniah Hafiz!


Sumber/copy: http://www.myartis.com/2014/05/gambar-menarik-hafiz-dedah-wajah-kekasih.html

Sumber

Muka Model Rabak Teruk Setelah Dibelasah Kekasih

Cinta telah membutakan mata seorang lelaki bernama Pavel Ushanov, 33 tahun, yang juga seorang CEO sebuah syarikat komunikasi Rusia, Devino Telecom.



Wajah Alexandra Sereda yang rabak setelah dibelasah kekasihnya

Cinta membuat Pavel hilang kawalan dan melakukan kekerasan fizikal pada kekasihnya, seorang model cantik Alexandra Sereda. Mereka telah bercinta selama dua tahun, dan entah apa sebabnya Alexandra ingin mengakhiri hubungan asmara dengannya. Pekara tersebut mencetuskan kemarahan Pavel, di mana di suatu pagi ia datang ke pangsapuri Alexandra dengan sangat beremosi. Alexandra merasa bimbang dan takut untuk membukakan pintu.



Wajah Alexandra Sereda sebelum ini


Alexandra Sereda bersama kekasihnya

Namun kerana tak ingin kekasihnya membuat kekecohan dan mengganggu jirannya, ia pun membuka pintu apartmennya. Apa yang dilakukan Pavel ini tak di sangka-sangka. Ia memukul kekasihnya, Alexandra Sereda dengan membabi buta selama 10 minit. Ia memukul dan menendang tanpa rasa kasihan dan menyebabkan model berusia 27 tahun ini mengalami luka yang cukup parah di wajahnya.

Alexandra berteriak dan menunjukkan ketakutan, “hentikan! Kau boleh membunuhku!,” Katanya mengimbas kembali. Namun jawapan Pavel tak disangkanya, “bagus, itulah yang kuinginkan!” sambil terus memukul kekasihnya.


Alexandra Sereda

Nasib menyebelahinya, Alexandra sempat melarikan diri dengan membawa telefon bimbit. Ia menelefon polis untuk meminta pertolongan. Tidak lama kemudian polis datang, bersama dengan pasukan perubatan dan menyelamatkan model cantik tersebut.

Dan Pavel telah melarikan diri dan menjadi buruan polis ketika ini. Meninggalkan kekasih cantiknya dengan luka-luka parah di wajah, yang membuatnya kelihatan seperti zombie.


Sumber: fuh.my







Sumber

Lima Beradik Setubuhi Dan Kongsi Satu Bini Sepanjang Hayat

New Delhi: Seorang ibu muda semalam mendedahkan dia mempunyai lima suami.

Lebih menarik lagi, kelima-limanya adalah adik-beradik.

Rajo Verma, 21, tinggal dalam sebuah rumah satu bilik dengan kelima-lima suaminya dan tidur bersama suami berbeza setiap malam mengikut giliran.

Suri rumah itu juga tidak tahu siapa bapa bayi lelakinya.

Rajo berkata: “Pada awalnya, ia rasa agak pelik. Dan saya tidak mempunyai suami kegemaran.” Suami pertamanya, Guddu, 21, menegaskan: “Kami semua melakukan seks dengannya tetapi saya tidak cemburu.

Kami sebuah keluarga besar yang bahagia.” Pasangan itu berkahwin mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka empat tahun lalu dan dia menjadi satu-satunya suami Rajo yang sah. Tetapi adat di kampung mereka mewajibkan Rajo turut mengambil adik-beradik suaminya sebagai suami. Mereka ialah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh,yang dikahwininya tahun lalu.

Abang sulung Bajju berkata: “Saya menganggap Rajo sebagai isteri saya dan tidur bersamanya sebagaimana adik saya yang lain.” Rajo memasak, mengemas dan menjaga bayinya, Jay yang berusia 18 bulan ketika semua suaminya pergi bekerja di Dehradun, utara India.


RAJO Verma mendukung bayinya Jay bersama lima suaminya (dari kiri) Sant Ram, Bajju, Gopal, Guddu dan Dinesh di depan rumah mereka.
RAJO memasak, mengemas rumah dan menjaga anak ketika kelima-lima suaminya pergi bekerja

Rajo berkata mengenai tradisi purba bergelar poliyandri: “Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Bila saya berkahwin saya tahu saya terpaksa menerima semua lelaki itu sebagai suami.” “Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut. “Yang menariknya, saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada kebanyakan isteri lain.”


Sumber: http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2013/03/india-lagilima-beradik-kongsi-satu.html





Sumber

Pelumba Siri Super Maut Nahas Di Litar Antarabangsa Sepang




SEPANG – Seorang pelumba Siri Super Malaysia, Amaludin Abd. Rahman meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan ketika sesi latihan bagi pusingan pertama Siri Super Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang petang hari ini.

Amaludin, 42, mengambil bahagian sebagai pelumba baharu di bawah kategori Super Stok B.

Kejadian itu berlaku pada pukul 4.30 petang apabila Amaludin dikatakan gagal mengawal motosikal ditunggangnya di selekoh ke-15 lalu merempuh tayar yang digunakan sebagai pembahagi jalan.

Pasukan perubatan segera digerakkan ke tempat kejadian untuk memberi rawatan kecemasan. Namun, Amaludin disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Satu laporan polis telah difailkan dan pihak polis akan menjalankan siasatan ke atas kejadian itu.

Sepang International Circuit Sdn. Bhd. (SIC) akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam menjalankan siasatan mereka. – KOSMO!



Sumber