Monday, May 12, 2014

Guru Nyaris Diperkosa Selepas Solat Zohor

JEMPOL – Akibat terlalu mengikut nafsu, seorang pemuda tergamak cuba memperkosa seorang guru beranak satu selepas menceroboh rumah mangsa di Bahau dekat sini Jumaat lalu.


Perbuatan pada pukul 2 petang itu bagaimanapun memakan diri apabila suspek yang berusia 32 tahun ditahan polis di rumahnya selepas menerima maklumat berhubung insiden itu.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika guru itu tinggal bersendirian di rumah.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa yang baru selesai solat Zohor terdengar pintu jeriji dibuka dan terkejut melihat suspek yang berseluar pendek tanpa baju berada di dalam rumahnya.

“Suspek mengarahkan mangsa supaya diam lalu menolak wanita itu ke lantai dan cuba menutup mulutnya.

“Mangsa yang terjatuh menendang badan suspek dan berjaya melepaskan diri lalu meminta pertolongan jiran-jirannya” katanya di sini semalam.Menurut Hamzah Suspek yang menyedari perbuatannya terbongkar mendakwa dia masuk kedalam rumah mangsa untuk mengusir seseorang yang menceroboh rumah itu.

Beliau turut memberi tahu suspek memasuki rumah mangsa dengan memanjat tembok selepas pagar berkunci namun pintu jeriji rumah tidak dikunci.

“Suspek yang bekerja di sebuah syarikat pendawaian elektrik telah berkahwin,”katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan iaitu kesalahan mencabul.


Sumber: http://www.suara.tv/?p=9725



Sumber

No comments:

Post a Comment