Friday, May 16, 2014

Darah Pada Alat Sulit Bongkar Rahsia

Seorang lelaki warga Indonesia ditahan selepas didakwa merogol anak perempuan jirannya yang berusia lapan tahun pada Rabu.

Ketua Polis Daerah, Supt. A Sahak Rahmat mengesahkan bahawa suspek berusia 35 tahun telah ditahan di sebuah rumah di Estet Mayvin 5, di sini.

Insiden itu terbongkar apabila ibu kepada mangsa ternampak darah pada kemaluan mangsa pada pagi Rabu dan bergegas membawanya ke klinik untuk pemeriksaan.

Ketika pemeriksaan dijalankan, mangsa memberitahu ibunya bahawa suspek telah merogolnya.


“Siasatan awal mendapati bahawa kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang bermain di halaman rumah manakala suspek sedang mandi di belakang rumahnya.

Kemudian mangsa terjatuh dan suspek terus menarik tangannya serta menutup mulut dengan menggunakan tangan sebelum membawa mangsa ke belakang rumahnya,” kata Sahak.

Dia bagaimana pun melepaskan mangsa selepas budak perempuan itu mula menjerit dan meminta pertolongan.

Mangsa kemudiannya melarikan diri ke rumahnya dan meminta pertolongan ibunya.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Jenayah bagi kesalahan merogol yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan, lapor Bernama.



Sumber: http://www.kualalumpurpost.net/darah-pada-kemaluan-bongkar-rahsia/

Sumber

No comments:

Post a Comment