Friday, May 16, 2014

Anjing Yang Dipanah Akhirnya Mati



Beberapa hari lepas, media sosial kecoh dengan penyebaran gambar seekor anjing yang dipanah oleh seorang lelaki. Kejadian berkenaan berlaku di Taming Jaya, Balakong. Anjing berkenaan telah dipanah sebanyak dua kali sehingga mengalami kecederaan.

Ekoran daripada kejadian tersebut, pihak polis kini sedang berusaha mengesan lelaki tersebut. Tindakannya lelaki telah dikecam kerana berlaku terlalu kejam terhadap anjing berkenaan.

Isu berkenaan menjadi bertambah panas apabila anjing baka Rottweiler yang dinamakan Brianna tersebut dilaporkan telah mati. Sudah tentu kemarahan orang ramai semakin membuak-buak kerana punca kematian anjing tersebut dikaitkan dengan kecederaan akibat dipanah.



Bagaimanapun menerusi sumber berita, pihak veterinar berkata, keadaan anjing itu sememangnya lemah dan sakit kerana diabaikan dalam tempoh yang agak lama. Ia akhirnya mati akibat pelbagai penyakit termasuklah juga trauma akibat panahan tersebut.

Menerusi Facebook Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB), seorang wanita yang mendakwa rakannya merupakan jiran kepada lelaki tersebut. Menurutnya, lelaki itu mendakwa Brianna cuba mengejar anak-anaknya dan mahu masuk ke dalam rumahnya. Wanita berkenaan menafikankannya dan ketika kejadian pagar rumah itu bertutup dan Brianna tidak pernah cuba mengejar anak-anaknya.


Tindakan lelaki itu memang agak kejam dan terlampau. Beliau mungkin boleh meminta bantuan sesiapa untuk menghalau anjing tersebut. Apapun hanya lelaki berkenaan sahaja tahu kenapa dia perlu bertindak begitu, memetik Ammboi.com.


Sumber: http://www.kualalumpurpost.net/anjing-dipanah-lelaki-akhirnya-mati/
 

Sumber

No comments:

Post a Comment