Friday, May 16, 2014

Lelaki Dakwa Panah Anjing Untuk Lindungi Anak



PETALING JAYA: Lelaki yang memanah anjing di luar pintu pagar rumahnya mendakwa melakukan tindakan itu dalam usaha untuk melindungi anaknya, kata polis.

Lelaki itu disoal siasat di balai polis daerah Kajang tetapi dibebaskan pada Khamis.

Polis telah merampas busur dan anak panah dan sedang dalam proses untuk memuktamadkan siasatan.


Difahamkan polis akan mengemukakan kertas siasatan kepada ibu pejabat polis Bukit Aman.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat kepada binatang.

Mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh dihukum penjara maksimum lima tahun.


Sumber: suara.tv



Sumber

Dibelasah Kakak Selepas Mengadu Diperkosa Abang Ipar



Seorang gadis bukan saja menjadi habuan seks abang iparnya, bahkan turut dibelasah kakak sendiri gara-gara dikatakan ingin memusnahkan rumah tangga mereka.

Cerita sedih gadis berusia 24 tahun itu bermula apabila mangsa, kerana tidak tahan dirogol dan diugut lelaki bernafsu binatang itu,mengadu kepada kakaknya. Dia menjangka akan mendapat perlindungan, tetapi sebaliknya kakaknya mempunyai buruk sangka.

Akibatnya, kakaknya membelasahnya dengan lesung batu dan batang paip hingga cedera.

Bukan itu saja, kakaknya turut menuduh gadis malang itu sengaja mereka cerita untuk membusukkan nama suaminya dengan niat mahu menghancurkan rumah tangga mereka sebelum dihalau daripada rumah pasangan tempat dia menumpang itu.

Jurucakap polis berkata, dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Kulim, mangsa mendakwa kali pertama dirogol abang iparnya adalah pada pagi 2 Jun lalu.

"Dalam kejadian itu, lelaki itu masuk ke dalam biliknya kira-kira jam 11 pagi, menanggalkan pakaian mangsa secara paksa sebelum memperkosanya. Tidak cukup dengan itu suspek mengugut mangsa supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.

"Pada waktu yang lebih kurang sama keesokan harinya, lelaki itu sekali lagi masuk ke bilik mangsa dan melakukan perkara terkutuk itu," katanya.

Menurutnya, selepas dua kali dirogol dan bimbang kejadian itu akan berterusan, mangsa memberanikan diri mengadu kepada kakaknya, 5 Jun lalu.

Gadis itu juga memberitahu ahli keluarganya yang lain sebelum membuat laporan polis.



Sumber

Pemuda Melayu Syahid Di Bumi Syria



Al-fatihah buat Abu Faz Al- Malizi yang telah gugur syahid di bumi Syria. 

Semoga seribu lagi Mujahidin lahir dan mengikuti jejakmu selepas ini..



Sumber

Lelaki Saksi Teman Wanita Diperkosa Melalui Webcam

Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat langsung peristiwa buruk yang menimpa orang yang dicintai. Itulah yang berlaku kepada Meng ChianChao, 27, seorang lelaki berasal daripada Beijing, China, yang tidak sengaja menyaksikan bekas kekasihnya diperkosa dan dibunuh melalui webcam.


Seperti yang dilaporkan Sun News, Meng XianChao menjadi saksi penting di Toronto, Kanada pada 28 Mac lalu di atas kes pembunuhan bekas kekasihnya, Liu Qian (23) pada 15 April 2011 yang lalu.

Semua bermula ketika Liu Qian, yang tinggal di Toronto untuk melanjutkan pelajarannya, meminta Meng menemaninya belajar melalui video chatting Skype. Kedua-duanya memutuskan untuk putuskan hubungan percintaan setelah Liu pindah ke Toronto. Meskipun demikian, keduanya tetap berkawan baik.


Xian Chao Meng, atas kanan, telah berbual dengan Qian 'Necole' Liu, kiri, melalui Skype ketika beliau diserang. Brian Dickson,bawah kanan, telah didakwa atas tuduhan membunuh.

Ketika asyik berchatting, tiba-tiba terdengar suara ketukan di pintu bilik Liu. Gadis itu pun berjalan ke arah pintu dan membukanya. Seorang lelaki muncul di sebalik pintu dan meluru masuk. Liu sempat menahan pintu agar lelaki itu tidak masuk, namun Liu tidak memampu menandingi kekuatan lelaki berkenaan. Lelaki itu akhirnya berjaya masuk.

Teriakan “tidak” adalah yang terakhir didengar Meng dari Liu. Sesudah itu, tak seorangpun terlihat di layar Skype dan tak ada suara lagi dari Liu.

Kemudian, seorang lelaki separuh bogel muncul di layar Skype. Lelaki itu menutup pintu bilik apartemen, memadamkan lampu dan mematikan komputer Liu. Meng menyaksikan semua kejadian tersebut dari Beijing tanpa boleh berbuat apa-apa.

Liu ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa tidak berapa lama setelah kejadian tersebut. Seorang lelaki bernama Brian Dickson (32) telah ditangkap dan didakwa dengan pembunuhan tahap satu dalam kes ini.



Sumber: josrevalution

 

Sumber

Proses Menjemur Udang Kering Yang Menjijikkan

Tersebar di laman sosial 3 buah gambar proses menjemur udang kering dalam keadaan yang amat menjijikkan yang dikirim oleh saudari Rozy Ozzy di Facebook.
Kelihatan dalam gambar seekor anjing dengan senang lenangnya bergolek di atas hamparan jemuran udang kering. Mungkin anjing itu milik pengusaha udang kering tersebut.






Harap pihak berwajib memantau tempat-tempat memproses barang-barang kering sebegini bagi memastikan ianya benar-benar bersih, suci dan halal.



Sumber

Isteri Dedah Aksi Asmara Bersama Suami Di Twitter

Satu printscreen post Twitter yang dikatakan milik suami isteri telah tersebar di laman-laman sosial, post ini yang diketegorikan sebagai post melampau pasangan tersebut telah menjadi bahan lawak dan kutukan pelayar laman sosial. 





Rata-rata mereka mengutuk keras apa yang di lakukan oleh pasangan tersebut yang dianggap menjatukan maruah dirinya dan pasangan serta boleh menunjukkan keruntuhan moral yang kritikal pada masyarakat sekarang.

Diharap mereka sedar kesilapan yang mereka lakukan dengan meyebarkan gambar yang dianggap melampau di laman sosial Twitter mereka.



Sumber: Josrevalution



Sumber

Dato Siti Nurhaliza Pakai Baju Watak Animasi Elsa (Frozen)



Penyanyi No 1 negara Dato Siti Nurhaliza rupa-rupanya merupakan salah seorang peminat kartun animasi watak Elsa dalam filem animasi Frozen .

Terbaru Dato Siti telah memuatnaik gambarnya memakai pakaian watak animasi kegemarannya Elsa .

Memang cantik Dato Siti mengenakan pakaian serba biru laut dan sesuai dengan watak Elsa .

Jom layan gambar Dato Siti dengan pakaian ala filem animasi Frozen .






Sumber: braderpanas






Sumber